Sunday, August 12, 2007

Monolog

monolog
Nun…demi kalam dan demi apa yang dituliskan… Amalku cita-citaku…tujuanku harapanku… walau di mana jua,sampai bila masa… Itulah lakaran di laman fikiranku, malam yang kian sirna… merayap-rayap di kaki fajar…musim sedang berbunga… namun ku masih leka…berselimut kaku berdengkur… pada titian usia yang kian merapuh…di bibir mega ku berbisik… Basuhlah mata, hidupkan wajah… pada lembaran al-Furqan ku lafazkan… pada tinta-tinta pena yang kian mengalir… lantaran tinta ulama’ akan dibalas dengan darah syuhada’… tali perjuangan ini akan tetap berpilin… mengayam utuh rentak kehidupan, memberi makna lakaran perjalanan… lantaran hidup bukan sekadar kebetulan… Aku akur akan suratan…sebuah ketentuan yang pasti… Andaikata bumi ini dilanda sumpah tujuh keturunan… takkan ku bermati di hujuh jari… membiarkan rebut taufan melanggar… dibelah pasir membakar jasad hitam… akan ku sapu mendung yang menghitam di mukaku… aku anyam rantai azam kekuatan… melawan ombak-ombak ganas yang menerpa ke mukaku… akanku berdiri menjadi bentengnya… angkatan sebuah kepastian pasti akan berkunjung… lentera ini takkan padam… pada hari ini…bukan hari semalam…bukan jua detik yang tak pasti datang… paduan genggam bara semangat…membakar rentung jasad resesif… membangkitkan aku berdiri gagah… Lantaran …izinkan lentur temali dura… yang bercangkaliwang di dadaku saban kala… kanku kafan dengan kain putih…biar lena bersemadi… akanku tancap nisan sebuah kenangan usang… dan relakan bangkitku menebus maruah! Tapi….andaikata aku gugur di keranda lente… biarkan tumbuh benih pejuang…jangan aku mati hina berlutut… meninggalkan sepi anak-anak bangsa… dengan tangan kosong retorik semata-mata… aku bukan insan yang bertempik sorak di gelanggang… bukan mulia disambut hamparan merah… kerana aku dilahirkan untuk mentafsir… makna seorang aku… aku seorang hamba kepada pencipta… aku seorang anak…. aku seorang pelajar… aku….”islamic student”… mentafsir erti sebuah cita-cita… dan melihat gemerlapan sinar Tuahan di seluruh pelusuk alam………. WaALLaHu SuBHaaNaHuu WaTaaLa a'Lam..

Dedicate to all kisasian

DEDICATE TO KISASIAN
Message: AT-10-TION FOR SBP STUDENT DAN SEK AGAMA DAN BDK2 LAIN JGK.... Message: zaman skolah ber 'ana-enti',Sekarang hilang diterbangkan angin;'Aku-engkau' jadi pengganti,"Ana rindulah sama Al-Amin.."Bertudung labuh ayu sentiasa, (yeke?)Ikhlas atau peraturan semata; (seems morelike the latter)Sekarang ni gaya 'hebat-hebat' belaka,Entah bila nak 'ayu' semula.Cakap siang pandang-pandang,Cakap malam dengar-dengar;Batas pergaulan makin berkurang,Dah makin lupa apa ustaz&ustazah ajar.Dulu cakap ngan laki jarang sekali,Batas pergaulan punyalah jaga;Sekarang pampang gambar ngan buah hati, (especially atFriendster)"Kak, rasa malu tu campak pi Thailand ka?"Dulu bahasa bukan main jaga,Bukan apa, takut terbuat dosa;Sekarang dah pandai bahasa gila-gila,Gara-gara orang kutuk "engkau ni skema"Dulu berlumba-lumba dengan member,Hafal Quran gila-gila..pi usrah la..join persatuan agama laaaaa;Sekarang haprak xder...kumpul habuk jer,"atau...Alah, aku banyak kerja lain laa..."Ustaz selalu cakap kat kita,Jadilah contoh muslim sejati;Tapi sayang kebanyakan leka,Bila dunia diletakkan di hati.Orang cakap budak sbp..sek.agama.. berkualiti,Baik, berakhlak lengkap semuanya;Sayangnya indah khabar dari realiti,Bila melihat pada fi'il anak didiknya.Bila ditegur angin satu badan,Konon sudah tahu belaka;Kalau dah tahu kenapa teruskan,Seronok sangat ke kumpul dosa?Macam tu lah kalau terasa diri hebat,Nama pun lepasan sekolah asram penuh dan agama;"Tak payah laa kau nak bagi nasihat,Kau ingat kau tu baik sangat ke?"Itulah realiti budak skolah agama dan sbp,Majoriti terkejut dek dunia luar;Akhlak dan ilmu dalam pagar skolah saja,"Tak sesuai laa semua-semua ni kat luar!"Kesian ustaz dan ustazah mengajar kita,Kesian mak bapak nak anak jadi berguna;Kita ambil sambil lewa,Alasannya kita bukan insan sempurna.Memang insan tiada yang sempurna,Kerana itu dituntut berusaha;Tak guna ilmu penuh di dada,Jika tak berusaha menghayatinya.Bukan mengeji bukan mengata,Teguran ikhlas dari jiwa;Teguran buat diri saya juga,Saya juga insan penuh dosa.Don't be hipocrit,okkkkkkSekian, wassalam

MEFEK KAJAI

MAJLIS FESTIVAL KAJAI 2007
TARIKH: 8-11 FEBRUARI 2007
TEMPAT:DATARAN PANGGUNG SENI,UKM BANGI
ANJURAN:MAJLIS EKSEKUTIF FESTIVAL KAJAI,KOLEJ RAHIM KAJAI
TEMA
3 G-GEGAR-GEMPAK-GLAMOR
A lot of people have worked hard to make MEFEK happen. I’d like to first start by thanking God almighty for giving me strength in guiding me through this journey.
To my KETUA PENGARAH-Abg. Irvan congratulations! Paling best masa naik STORM!! Roller coaster..haha.To kak Effa-thanks coz being such a good sis..To A.syawal –thanksla tlg angkat barang.orang kuat nie. To kak Wawa –ehem…ehem..kantollah pulak! To kak Ekin-thanks selalu inform meeting..To kak hani-thanks bagi duit ribu2..hadiah tu…huhu.
To the havoc team-Pengarah Program Mazlan-lain kali jangan buat program awal sangat- aku tak bangun..and syazwan-tima kacih banyak2 banyak bantu…To Pengarah protocol Abg Alan- lain kali jemput datin plak..lagi satu datang awal sebelum VVIP datang…huhu
To fiera-jadi pembantu a.alan yang baik. Gud gurl! To pengarah pemasaran merangkap roomate aku-lina dapat duit dari jutawan punya..and syihab- bantulah lina …kerana ko ada link ngan OKK…haha..To pengarah gerai-armly…thanks la bantu buat pelan gerai..macam jom heboh plak. To lin- keep
urwork. To Pengarah Pameran- musa pamerlah apa2 yang patut..To Intan- tahniah dapat sponsor majalah yang banyak tu… To Pengarah keselamatan- Azam and da gang-lain kali boleh jadi real pak guard..ada bakat and rupa. To Pengarah cenderamata-kak mastikanor hadiah best2..bolehlah..to donat aka ieja…thanksla banyak bantu aku..cyg ko! To Pengarah publisiti dan penerbitan abg shahrul- buat poster cantik2 pastu kitorang boleh tlg heboh satu kampong..huhu
To pengarah jamuan –wani…thankslah bagi aku makan sepanjang program..
Timb.pengarah teknikal and multimedia- thanks lah lopan and my crew aida, rabi, are-pool, petir….aku tak dapat nak kata apa lagi…jom karaoke jer…Pengarah dekorasi- shukri..Hiaslah pentas macam kenduri kahwin plak aku tengok. To safarah-ko nie memang ONAR…jangan marah!
To pengarah tugas2 khas-Ayub…apa2 ja…huhu..
Special thanks to Saieng…cari artis and gang suara sensasi…thanks cik Mar kerana banyak bantu and idea…and not forgetting- pdot, kaka, shafiq, wan…for battle of the bands…jangan serik..lain kali buat lagi…aku nak ikut botb plak..haha
I would like to thank all the wonderful people that I have met and learned –En.Tuah Elektrik.JPP.Unit Sukan .En.Khairullah for canopy.Haji Shamsudin pa system Harmonics enterprise. Wak gerai. Storm..and sponsor.
To talented dj…abg azri yang macam suara jamal..thanksla jadi dj. Abg fadhil yang cool jaga mixer..hati2 ngan orang 3 key lower..haha..abg lanz PUTERA..Artis corner thankslah bagi cd kat sy…abg Boy Pj..tetiba plak bagi phone num…ceh..taulah nak promote. To abg Roslan Shah- memang havoc…thanks lah cover line…To Fazli Zainal,Harith Othman…artis baru nie…press Bacaria, Remaja n sesapa yang lupa nak list…
And last but most definitely not least to my best frens- gobek,donat,safarah,intan,wani, armly,sharp,saieng,lopan,petir …I luv u guys….muah..muah…
Dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan Festival 3 G Rahim Kajai pada kali ini.

Aisyah in the house!!